CHONG YU HENG D20112053103 EL-BP04

16 December, 2012

FAEDAH BERSUKAN

Meningkatkan proses pergaulan
Jika sebelum ini, mereka bersifat malu-malu tetapi semuanya dapat diperbaiki melalui sukan. Ketika berlatih, mereka akan berkomunikasi antara ahli pasukan yang lain, bagi memastikan corak permainan berjalan lancar.

Keyakinan diri
Bukan itu sahaja, dengan bersukan kanak-kanak dapat menanamkan sifat yakin dalam diri. Mereka akan berusaha dan memikirkan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik untuk meraih kejayaan.

Cergas seluruh badan
Aktiviti bersukan memerlukan atlet berlari, melompat, bersenam dan sebagainya. Kesannya, kanak-kanak dapat hidup dengan sihat dan cergas. Sistem jantung, pernafasan dan otak dapat berfungsi dengan baik. Pada masa yang sama, mereka dapat mengelakkan penambahan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme.

Belajar menerima kekalahan
Memetik laman web seekingsuccess.com pula, kanak-kanak yang aktif bersukan akan mempelajari untuk menerima kejayaan dan kekalahan. Jika kalah, mereka akan giat berlatih untuk menang dalam pertandingan yang seterusnya.
Menanam sifat disiplin

Kanak-kanak akan mementingkan tahap disiplin dari segi menepati masa latihan, mengawal sistem pemakanan atau pelbagai perkara yang boleh melemahkan mereka ketika berlatih dan bertanding.

No comments:

Post a Comment