CHONG YU HENG D20112053103 EL-BP04

30 November, 2012

Gula-gula



>gula-gula boleh menyebabkan kerosakan gigi dan membawa penyakit diabetis. Di samping itu, gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan. Pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.
Cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah kanak-kanak  yang mahukan gula-gula :
1.Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari.
2.Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
3.Elakkan dari menyimpan gula-gula di rumah anda.
Jika anda ada cara lain untuk mengatasi masalah ini, sudilah berkongsi di bahagian komen.
Sekian, terima kasih.


19 November, 2012

CUCI TANGAN CEGAH JANGKITAN


Ketika seluruh dunia dilanda kebimbangan kemunculan pelbagai wabak, banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan.
Menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan diri, rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax dan Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan program kesedaran dan pendidikan bersama menerusi Kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.
Usaha murni itu juga turut mendapat sokongan Hospital Sungai Buloh dan juga hospital-hospital di seluruh negara, pengusaha restoran dan 33 buah sekolah.
Kempen tersebut dijangka membabitkan penyertaan lebih dua juta orang dari pelbagai peringkat. Ia juga dipercayai menjadi kempen kebersihan tangan haisl kerjasama jabatan kerajaan dan swasta yang terbesar di negara ini.
 
Kempen tersebut menumpukan perhatian kepada golongan muda termasuk murid-murid sekolah di mana golongan tersebut yang paling mudah terdedah dengan risiko jangkitan virus dan penyakit berjangkit.
'Mencuci tangan dengan sabun antara cara yang paling berkesan dan mampu mencegah daripada dijangkiti penyakit,'' katanya pada majlis tersebut.
 
Katanya, melalui kempen ia menjadikan pelajar dan guru sebagai duta untuk mengelakkan risiko jangkitan dan penyakit melalui udara.
Katanya lagi, kempen melalui sekolah sebenarnya mampu dihebahkan lebih cepat berbanding saluran lain dan konsep mulut ke mulut mampu memberikan latihan, didikan dan kesedaran mengenai aspek kesihatan yang betul.
Selaras isu semasa, kaedah mencuci tangan dengan betul dikatakan mampu mengelakkan masalah wabak HFMD yang kian hangat diperkatakan kini.
 
Malahan, wabak seperti selesema, batuk dan jangkitan kerongkong yang ketara meningkat akibat cuaca juga bakal berkurangan.
 
Seeloknya, beliau mencadangkan individu terutama pengguna perkhidmatan awam agar menyediakan tisu, sapu tangan atau sanitizier apabila bersin atau batuk di tempat umum.
''Apabila bersin atau batuk di tempat awam, secara automatik kita menyebarkan virus di udara. Jadi, tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.
"Jika tidak ada jangan pula tahan dengan tangan kerana ia digunakan untuk memegang pelbagai barang yang turut digunakan orang ramai sebaliknya bersin pada baju di kawasan ketiak.
 
''Baju akan menyerap bakteria daripada terawang-awang di udara seterusnya mengelakkan risiko jangkitan pada orang ramai," katanya.
 
Turut hadir merasmikan kempen tersebut, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim dan Duta produk Antabax, Ziana Zain.
 
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Lam Soon , Carmen Foo memberitahu, Antabax menganjurkan kempen selama sebulan selepas mendapat maklum balas yang memberansangkan.
 
''Sebagai sebuah jenama Malaysia yang komited terhadap penjagaan kesihatan da kebersihan, kami telah memperuntukan sejumlah dana khas untuk program bagi memastikan mesej menjaga kebersihan tangan di capai dan difahami oleh seluruh rakyat,'' ujarnya .

17 November, 2012

KESIHATAN KANAK-KANAK

# Tahukah anda berat badan kanak-kanak boleh meningkat kira-kira dua hingga tiga kilogram setahun manakala ketinggian pula biasanya akan meningkat enam hingga lapan sentimeter setahun.

# Apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun, 35 peratus daripada berat badan mereka terdiri daripada otot.

# Kanak-kanak perlu mempunyai seluruh set gigi susu lengkap pada umur dua setengah tahun. Pertumbuhan gigi membantu perkembangan rahang dan membolehkan kanak-kanak makan pelbagai jenis makanan. Selepas mencapai umur enam tahun, kanak-kanak akan mempunyai set gigi kekal.

# Enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling sensitif kerana ia membabitkan pembentukan serta kematangan saraf. Berbilion sistem saraf dalam otak dibentuk dan akan memberi pengalaman deria baru. Jadi, tidak hairan jika saiz otak kanak-kanak akan berkembang sebesar saiz otak dewasa apabila mencapai umur 10 tahun.

# Apabila tulang membesar, kanak-kanak akan menjadi lebih tinggi. Ia penting untuk menjadikan bentuk badan mereka kelihatan lebih matang apabila menginjak dewasa

# Sistem pertahanan kanak-kanak mulai matang dan berfungsi pada peringkat tumbesaran. Badan kanak-kanak mudah diserang virus, bakteria dan parasit. Justeru, sistem imun yang cekap dapat mengenal pasti, menyerang dan memusnahkan benda asing berkenaan.

# Fasa tumbesaran adalah tempoh yang amat penting kerana ketika itu kanak-kanak mula menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus untuk mengimbangi diri. Ini membolehkan mereka bergerak secara teratur, lebih cergas serta mampu melakukan tugas yang lebih kompleks seperti menari dan bermain bola. Selain itu, ia juga mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk menulis, melukis dan mewarna dalam perkembangan intelektual mereka.

# Kanak-kanak yang aktif dan cerdas dikatakan lebih cenderung menguasai kemahiran berinteraksi secara sosial yang mampu meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

(Sumber: Buku Panduan Memupuk Gaya Pemakanan Sihat oleh NSM, MASO serta MDA)

16 November, 2012

Makanlah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran


Untuk menjaga kesihatan kami haruslah makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran .Elakkan memakan " fast food " dan makanan yang di goreng .

Contoh makanan yang berkhasiat adalah :-




Sarapan dengan cereal 


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk jantung kami


Makan lebih buah , badan sihat !

15 November, 2012

PERIKSA LABEL MAKANAN BOLEH KURUS

Periksa label makanan boleh kurus



WANITA lebih peka memeriksa label nutrisi makanan berbanding lelaki.

RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.

14 November, 2012

PERTAHANAN BADAN DARI PENYAKIT

Pertahanan badan dari penyakit merupakan satu cara yang sangat baik untuk menjadi seorang yang sihat dan cergas .


Pastikan immunisasi di lakukan menepati masa supaya kami bebas dari penyakit


Makan sebiji epal sehari boleh mengelakkan berjumpa dengan doktor .

13 November, 2012

KEPENTINGAN SUKAN UNTUK KESIHATAN

Kepentingan Sukan Untuk Kesihatan

Sukan merupakan salah saatu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
  • Saluran darah yang lancar
  • Mental dan fizikal yang cergas 
  • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
  • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.
 

12 November, 2012

LIRIK LAGU 1MURID 1MURID 1SUKAN


1 Murid 1 Sukan ( 1M1S )

Mendukung cita – cita 
aspirasi negara,
Membangun modal insan
tranformasi cemerlang,

Sukan untuk semua,
Untuk kecemerlangan
Jadikan satu budaya,
Demi negaraku Malaysial...

Satu murid satu sukan
Sukan untuk semua
Satu murid satu sukan
Sukan untuk kecemerlangan

Satu murid satu sukan
Badan sihat otak cerdas
Satu murid satu sukan
Majulah sukan untuk negara

Kecergasan jasmani, 
sahsiah dan jati diri
Memupuk perpaduan gagasan 
Satu Malaysia

Satu murid satu sukan
Sukan untuk semua
Satu murid satu sukan
Sukan untuk kecemerlangan

Satu murid satu sukan
Badan sihat otak cerdas
Satu murid satu sukan
Majulah sukan untuk negara

ANUGERAH KANTIN BERSIH JOHOR 2012

Tahniah kepada Kantin SJK(C) Ping Ming Kluang
kerana telah mewakili daerah Kluang
ke Pertandingan Kantin Bersih 2012 Peringkat Negeri Johor

ANIMASI KESIHATAN program SIHAT CERGAS CERIA ( BERAT BADAN UNGGUL )


11 November, 2012

STESEN SIHAT CERGAS

Kami mesti menjaga kesihatan diri dengan baik supaya kami menpunyai minda / otak yang cergas . 

03 November, 2012

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.
MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur – sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN
Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur – sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.
Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.
Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.