CHONG YU HENG D20112053103 EL-BP04

28 December, 2012

Kesan Permainan Video

Kesan Permainan Video
1.Kanak-kanak dan remaja yang ketagihan bermain permainan video akan mula mengasingkan diri daripada keluarga dan masyarakat luar. Komunikasi antara mereka dan ahli keluarga yang lain juga akan semakin berkurangan dan akan menyebabkan mereka terpinggir serta ketinggalan dalam banyak perkara.
2.kanak-kanak dan remaja akan lebih terdedah kepada unsur-unsur yang ganas seperti pergaduhan, balas dendam, perjudian dan sebagainya.
3.Pemain permainan video juga akan lebih terdedah kepada risiko obesiti kerana mereka akan kurang bergerak kerana mereka biasanya akan makan serta minum di tempat mereka bermain tanpa perlu bergerak dengan aktif. 
4.kanak-kanak dan remaja akan hilang nilai-nilai murni dan lalai untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang manusia dan anak.

27 December, 2012

Kesan Pengawet Makanan


Pengawet adalah salah satu daripada bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan. Bahan-bahan tambahan lain termasuklah pewarna, perasa, ejen pengemulsi dan ejen penstabil. Semua bahan ini digunakan untuk tujuan membuat makanan tahan lama di samping lebih menarik dan enak rasanya.Pengawet berupaya mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang mengakibatkan makanan berbau busuk dan basi.Namun demikian penggunaan bahan pengawet ini tidak selalunya selamat terutama sekali jika digunakan dalam kuantiti yang berlebihan.Ini berlaku seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini apabila bahan penggunaan itu digunakan berlebihan dalam cili boh dan sos cili.
Contohnya,
Pengawet asid benzoik:
Asid benzoik boleh didapati secara semula jadi, tetapi biasanya disediakan secara sintetik. Ia digunakan sebagai pengawet dalam beberapa sediaan makanan yang tidak tahan lama seperti jam, sos dan cili boh.

Ini adalah kerana asid benzoik mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai ejen antibakteria dan antikulat.
Pengawet asid benzoik

Apabila digunakan secara berlebihan, pengawet asid benzoik boleh menyebabkan kerengsaan perut.
Ada juga laporan yang menujukkan bahawa ia boleh menjejaskan sistem saraf.Bagi mereka yang mengalami lelah atau pun yang mempunyai penyakit ruam kulit (seperti jenis urtikaria dan ekzema) bahan pengawet seumpama ini boleh memburukkan lagi keadaan.Para-hidroksi benzoat boleh menyebabkan rasa kebas di mulut.Bagi seseorang yang alah kepada pewarna-pewarna tiruan yang umumnya disebut sebagai pewarna jenis azo (seperti tartazin), kemungkinan besar ia akan mengalami alahan terhadap pengawet kumpulan benzoat.Begitu juga bagi mereka yang alah kepada ubat aspirin, memandangkan ketiga-tiga bahan ini berkaitan dari segi struktur kimianya.

Pengawet nitrat dan nitrit:
Satu lagi jenis pengawet yang boleh menimbulkan masalah adalah daripada kumpulan nitrat dan nitrit ataupun bentuk garamnya (garam kalium dan natrium).
Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging.Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria.Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu.Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.


Awas Semasa Membeli Makanan:
  • Jika boleh dapatkan bahan makanan segar. Kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet.
  • Apabila membeli produk yang diproses, pastikan kandungan bahan tambahan yang terdapat di dalamnya.
  • Sedapat mungkin pastikan bahan tersebut adalah dalam sukatan yang dibenarkan.
  • Pastikan tarikh luput makanan. Ikut cara penyimpanan makanan yang betul.

25 December, 2012

FAKTA-FAKTA MENGENAI INFLUENZA A(H1N1)

Fakta Fakta mengenai Influenza A(H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Portal H1N1 - Kementerian Kesihatan Malaysia


Ketahui Influenza A(H1N1)



Lindungi Diri Anda : Influenza A(H1N1)


Sumber: Portal H1N1 - Kementerian Kesihatan Malaysia

FAKTA-FAKTA MENGENAI DEMAM DENGGI

Fakta-Fakta Mengenai Demam Denggi

1. Apa itu demam denggi ?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.


2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
4. Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
6. Risalah


Risalah_Demam_Denggi.pdf



Soal_Jawab_Demam_Denggi_Untuk_Pesakit_Denggi.pdf




Soal_Jawab_Semburan_Kabus_Fogging_Denggi.pdf


Sumber: Portal myHealth

HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA

Hidup Lebih Manis Tanpa Gula

Apabila pengumuman harga gula akan meningkat sebanyak RM0.20 bagi sekilogram pada Januari 2010, kedengaran keluh kesah di sana sini. Ada yang mengeluh kerana perbelanjaan barang-barang dapur akan meningkat lagi. Tak kurang juga yang mengeluh apabila memikirkan harga makanan dan minuman di kedai-kedai makan juga pasti akan meningkat. Para peniaga makanan mula mencongak-congak berapakah harga yang perlu ditetapkan bagi sebiji kuih dan segelas minuman. Inilah fenomena biasa yang melanda negara kita setiap kali kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian lain dinaikkan harga. Namun, ramai yang tidak menyedari disebalik kenaikan harga gula ini sebenarnya tersembunyi kebaikan dan faedah yang tidak ternilai sekiranya dipandang dari sudut positif.


Adakah gula diperlukan dalam diet harian ?

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Ramai masyarakat kita beranggapan gula merupakan salah satu bahan keperluan yang mesti ada dalam makanan harian. Salah tanggapan inilah yang menyebabkan rakyat semakin panik apabila kenaikan harga gula berlaku. Sebenarnya, gula di dalam badan kita boleh datangnya daripada sumber-sumber yang lain. Sebagai contoh, pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, roti, biskut atau ubi-ubian adalah sudah mencukupi untuk membekalkan gula yang dipanggil glukosa kepada badan kita. Oleh itu, pengambilan gula dalam bentuk gula putih sebenarnya tidak diperlukan selagi kita mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

Panduan mengurangkan gula dalam diet harian

1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
4. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
5. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai dibahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
6. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
8. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
9. Periksa kandungan gula dalam label minuman.
10. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan Air Batu Campur (ABC).
11. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

Kita tidak harus merasa takut atau resah dengan isu kenaikan harga gula ini. Ini kerana pengambilan gula harian yang disarankan adalah jauh lebih rendah berbanding apa yang diamalkan sekarang. Sekiranya kita mengamalkan makan secara sihat, kenaikan harga gula ini sebenarnya tidak akan menjejaskan jumlah perbelanjaan harian kita.

Malah, kita harus sedar bahawa pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula boleh memudaratkan kesihatan satu masa kelak. Oleh itu, amalkan pengambilan makanan yang sihat untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Kurangkan pengambilan gula dan makanan bergula untuk hidup yang lebih sihat.

Artikel oleh :
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

TIPS BERHENTI MEROKOK

Tips Berhenti Merokok

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.


Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
* Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
* Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
* Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

* Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
* Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
* Meningkatkan kesuburan.
* Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
* Tetapkan tarikh untuk berhenti
* Yakin diri
* Buatkan nota peringatan
* Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
* Sentiasa berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Gunakan terapi penganti nikotin
* Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan
* Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang
* Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air
* Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri
* Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri
* Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri
* Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu
* Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
* Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa
* Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Sumber: http://www.infosihat.gov.my

MAKAN SECARA SIHAT

Makan Secara Sihat

Bagi kita anda yang mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti, sudah pastilah mengurangkan berat badan merupakan azam baru pada setiap tahun. Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang normal pula, masalah utama ialah mengetahui cara untuk mengekalkan berat badan.

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan, mengikuti fad diet atau mengurangkan pengambilan makanan secara ekstrim mungkin tidak dapat membantu anda mengurangkan berat badan yang berkekalan. Cara untuk mengurangkan berat badan yang selamat dan berkekalan ialah melalui amalan makan secara sihat dan juga peningkatan aktiviti fizikal.

Jadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada aktiviti harian anda. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti anda meluangkan masa untuk menonton rancangan kegemaran anda. Mulakan dengan aktiviti yang ringkas dan senang seperti meletak kenderaan jauh daripada tangga atau lif, menaiki anak tangga berbanding menggunakan lif, membuat kerja-kerja rumah seperti mengelap lantai, membasuh kain dengan menggunakan tangan, membasuh kereta serta berkebun. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, bolehlah menjalankan aktiviti fizikal di taman-taman rekreasi seperti berjoging atau mengikuti kelas-kelas tarian atau aerobik.

5 PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT YANG MUDAH UNTUK ANDA IKUTI

1) Makan Secara Teratur
Melangkaui (skipping) sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak terkawal, selalunya menyebabkan kita makan berlebihan. Amalan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jika anda mengambil bahagian (portion) makanan yang munasabah, tidak ada masalah bagi anda memakan makanan kegemaran anda dan mengekalkan berat badan yang sihat.

2) Minum 6-8 gelas air kosong sehari.
Sekiranya anda gemar mengambil minuman manis, apa kata mulakan tahun baru anda dengan mengubah amalan tersebut. Pengambilan minuman manis boleh menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang mudah menyebabkan kegemukan. Percayalah, satu gelas air kosong mengandungi 0 kalori berbanding teh tarik yang mengandungi 128 kalori. Mudah bukan untuk kurangkan kalori !.

3) Hadkan pengambilan makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.
Makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng adalah tinggi kandungan kalori. Terlalu banyak atau kerap mengambil makanan ini boleh menyebabkan kegemukan terutama bagi mereka yang kurang aktif. Ubahlah tabiat anda dengan mengambil makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang. Jumlah kalori dapat dikurangkan sekiranya anda mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.

4) Amalkan pengambilan buah dan sayur setiap hari
Buah dan sayur adalah penting dalam diet harian. Ia merupakan sumber utama vitamin, mineral, serat dan lain-lain bahan yang penting untuk kesihatan. Kebanyakan orang tidak mengambil buah dan sayur dalam jumlah yang disarankan. Pengambilan pelbagai jenis buah dan sayur mengikut saranan boleh melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik. Ia juga membantu melawaskan saluran najis. Selain daripada itu,buah dan sayur juga mengenyangkan. Ini akan mengurangkan anda mengambil makanan yang lain. Dan yang lebih penting, buah dan sayur adalah rendah kandungan kalori. Ambillah sekurang-kurangnya 5 sajian buah dan sayur setiap hari.

5) Snek yang sihat
Kebanyakan orang tidak menyedari, pengambilan kalori yang berlebihan boleh disebabkan oleh makanan yang tidak mengenyangkan yang dijadikan snek seperti keropok, kerepek, kacang masin, gula-gula, dan biskut lemak atau berkrim. Makanan ini kebanyakkannya tinggi kalori, lemak dan gula. Sekiranya anda sukakan snek, pilihlah snek yang sihat dan rendah kalori seperti buah-buahan, sandwic, jagung rebus, kacang rebus atau panggang dan yogurt rendah lemak dan gula.

Ingat, perubahan dalam amalan diet anda tidak perlu terlalu drastik sehingga anda merasa tertekan untuk melakukannya. Buatlah perubahan secara perlahan-lahan. Perubahan yang kecil dan berkesan adalah lebih baik daripada matlamat yang besar tetapi tidak mampu dicapai.

Artikel oleh:
Bahagian Pemakanan,
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia

FAEDAH-FAEDAH SENAMAN BERJALAN KAKI

Faedah-Faedah Senaman Berjalan Kaki

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.


Faedah berjalan kakiMengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Bagaimana untuk bermula?
  1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
  2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
  3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
  4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
  5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.

    Teknik-teknik berjalan dengan betul
    Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
    1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
    2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
    3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
    4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
    5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
    6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
    7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

    Cara Mudah Untuk Berjalan
    Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
    1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
    2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
    3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
    4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
    5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

    Sumber: InfoSihat

    FENOMENA JEREBU

    Fenomena Jerebu

    Apakah Jerebu ?
    Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


    Punca - Punca Jerebu
    Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
    • Pembakaran Secara Terbuka
    • Asap Dari Kilang
    • Asap Dari Kenderaan

    HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
    Indeks Pencemaran Udara (IPU)
    IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


    Nilai IPU
    Status
    0 - 50 Baik
    51 - 100Sederhana
    101 - 200Tidak Sihat
    201 - 300Sangat Tidak Sihat
    301 - 500Berbahaya

    Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

    JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
    Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
    1. Kanak-kanak
    2. Orang tua
    3. Mereka yang mengalami penyakit
      • asma
      • bronkitis
      • radang paru-paru
      • penyakit paru-paru yang kronik
      • jantung
      • alahan
    4. Perokok
    5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
    Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
    Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
    • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
    • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
    • Mata terasa pedih dan berair.
    • Hidung berair dan kerap bersin.
    • Kulit badan terasa gatal-gatal.
    • Terasa sakit dada.
    Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tenda-tanda dan gejala tersebut.

    CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
    • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
    • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
    • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
    • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
    • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
    • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
    • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
    • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
    • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
    • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
    • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

    Sumber: InfoSihat

    ELAKKAN PENYAKIT SEMASA BANJIR

    Elakkan Penyakit Semasa Banjir

    Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

    Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
    Banjir boleh mendatangkan masalah atau bahaya seperti :
    • Lemas
    • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
    • Terkena renjatan elektrik
    • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

    Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
    • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
    • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
    • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
    • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

    Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
    • Sentiasa minum air yang telah dimasak
    • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
    • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
    • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
    - Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    - Guna tandas yang sempurna
    - Buang sampah di tempat yang betul
    • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
    • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

    Sumber:Info Sihat

    CUACA PANAS: NASIHAT KESIHATAN KEPADA ORANG RAMAI

    Cuaca Panas : Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai


    1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

    Cuaca Panas - Nasihat Kepada Orang Ramai
    2. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
    Gejala cuaca panas melampau adalah :
    • Sakit kepala
    • Keletihan
    • Lemah tumpuan
    • Pening
    • Lemah otot–otot atau kekejangan
    • Mual dan muntah

    3. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

    Anda Perlu :
    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
    • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar

    4. Elakkan:
    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Bersenam dalam cuaca panas

    5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

    Sumber: InfoSihat

    AMALAKAN CARA HIDUP SIHAT

    Amalkan Cara Hidup Sihat

    Kunci untuk sihat sepanjang hayat
    Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
    • Makan secara sihat
    • Tidak merokok
    • Lakukan aktiviti fizikal
    • Belajar menangani stress

    Faedah cara hidup sihat:
    • Meningkatkan status kesihatan anda
    • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
    • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
    • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..
    Makan Secara Sihat
    • Nikmati pelbagai jenis makanan
    • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
    • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
    • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
    Contoh 1 sajian::
    Bijirin, produk bijirin dan ubi
    • ½ cawan nasi (putih atau perang)
    • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
    • 1½ keeping capati
    • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
    Sayur-sayuran
    Buah-buahan
    • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
    • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
    • ½ biji jambu berukuran sederhana
    • 1 hiris betik/nanas
    Susu, dadih dan keju
    Ikan, ayam dan daging
    • 1 gelas susu
    • 1 cawan dadih
    • 1 keping keju
    • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
    • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
    • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
    • 5 sudu besar ikan bilis


    Lakukan Aktiviti Fizikal

    Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
    Lakukan aktiviti fizikal
    • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
    • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
    Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
    AKTIVITI RINGAN
    60 minit setiap hari
    AKTIVITI SEDERHANA
    30 minit setiap hari
    • Berjalan kaki
    • Aktiviti regangan
    • Aktiviti berkebun yang ringan
    • Berjalan laju
    • Berbasikal
    • Berenang
    • Menari
    • Lompat tali
    • Aerobik
    • Berlari-lari anak
    • Turun naik tangga
    Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
    F Frequency : (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu
    I Intensity (Effort) : (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
    T
    Time : (Masa)
    Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
    T Type : (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.

    PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT

    Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

    Definisi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.


    Sebab-sebab Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

    Tanda-tanda dan gejala
    • Demam yang ringan
    • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
    • Sakit tekak
    Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

    Siapa yang mudah dijangkiti? Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

    Adakah penyakit ini berjangkit? Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

    Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan? Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

    Bagaimana diagnosis dijalankan? Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

    Rawatan Tiada rawatan yang khusus.
    • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
    • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
    • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
    • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

    Pencegahan
    • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
    • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
    • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
    • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

    Komplikasi Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

    Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut? Tiada vaksin untuk penyakit ini.

    Bila perlu berjumpa doktor?
    • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
    • Letih/lesu
    • Kulit dan lidah yang kering
    • Resah gelisah (irritable)
    • Sawan
    • hilang sedar

    Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
    • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
    • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
    • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


    Sumber: Portal myHealth

    KEBAIKAN SUSU IBU

    Kebaikan Susu Ibu

    Ibu dan Anak Penyusuan Susu Ibu Ibu dan Anak

    Pengenalan
    Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

    Kebaikan
    Untuk bayi:
    • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda - Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
    • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda - Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
    • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
    • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
    • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
    • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
    • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
    • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
    Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
    • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
    • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
    • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
    • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
    Lain-lain kebaikan:
    • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
    • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.



    PERSEDIAAN AWAL

    Sebelum kelahiran
    • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
    • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
    • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
    Semasa melahirkan
    • Sentuhan kulit
    Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
    • Permulaan awal
    Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
    Selepas melahirkan
    • Menyusu mengikut kehendak
    Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
    • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming-in)
    Rooming-in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
    • Tiada puting tiruan
    Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

    Sumber: Portal myHealth

    KHASIAT BAWANG PUTIH

    Khasiat Bawang Putih

    Bawang Putih
    Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

    Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

    Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

    Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

    Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

    Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

    Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.


    10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG

    10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

    Jantung Sihat
    Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

    Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.


    1.Makanan Beroat
    Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.


    2.Salmon
    Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.


    3.Avocado
    Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.



    4.Minyak zaitun
    Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.


    5.Kekacang
    Kacang-kacang seperti walnut dan almond .


    6.Berries
    Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.


    7.Kacang peas
    Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.


    8.Bayam
    Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.


    9.Biji rami (linseed)
    Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.


    10.Kacang Soya
    Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

    Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.


    Disusun dan disediakan:
    Nithyawathi A/P Batumalai
    Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
    Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu

    POSTER: RISIKO PENGGUNAAN UBAT TANPA KAWALAN

    Risiko Penggunaan Ubat Tanpa Kawalan

    POSTER: MEMASTIKAN UBAT ITU TULEN

    Memastikan Ubat Itu Tulen

    POSTER: PANDUAN PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT


    24 December, 2012

    POSTER: CARA PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT

    Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat

    Cara Penyimpanan Ubat yang Betul

    Adalah amat penting bagi anda untuk menyimpan ubat anda dengan cara yang betul. Cara penyimpanan ubat yang betul termasuklah:
    • Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
    • Simpan ubat kecemasan di tempat yang senang dicari.
    • Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
    • Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
    • Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
    • Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
    • Simpan ubat anda di tempat berdekatan dengan meja supaya anda boleh membuka bekas ubat di atas permukaan rata. Sekiranya ubat tertumpah, ia akan terjatuh di atas meja dan bukan di atas lantai atau ke dalam longkang. (Pastikan anda tidak membiarkan bekas ubat terletak di atas meja selepas mengambil ubat).
    • Keadaan cahaya yang cukup terang berdekatan dengan tempat penyimpanan ubat dapat memastikan ubat yang betul diambil. Jangan sesekali mengambil ubat dalam keadaan gelap.
    • Jangan campurkan beberapa jenis ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama. Anda akan menghadapi masalah untuk mengecam ubat anda semasa kecemasan. Akibatnya, anda mungkin akan terambil ubat yang salah. Malah, keberkesanan ubat-ubatan yang disimpan bersama mungkin akan berkurang disebabkan oleh interaksi.
    • Ubat makan harus disimpan berasingan dengan ubat sapu (seperti krim, ointment atau losyen).
    • Ubat untuk diri sendiri harus disimpan berasingan daripada ubat untuk suami/isteri dan ahli keluarga lain. Contoh: disimpan berasingan di kabinet lain ataupun sekurang-kurangnya berasingan walaupun dalam kabinet yang sama. Ini dapat mengurangkan kemungkinan anda mengambil ubat yang salah.
    • Elakkan ubat cecair daripada beku dalam peti sejuk. Ubat yang disimpan dalam peti sejuk harus diasingkan daripada makanan dan minuman. Anda boleh simpan ubat anda dalam satu bekas plastik yang berasingan di dalam peti sejuk.
    • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

    22 December, 2012

    SUKAN DIJADIKAN BIDANG PENTING


     
    KUALA LUMPUR 20 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan amat komited dalam memastikan sukan menjadi bidang penting dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia.

    Perdana Menteri berkata, ini kerana sebagai sebuah negara yang masih muda, bidang sukan memainkan peranan yang utama dan istimewa dalam proses membangunkan Malaysia.

    "Sukan menjadi penghubung kepada pelbagai budaya, kaum dan agama berbeza yang membentuk satu masyarakat Malaysia yang bersatu-padu," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kongres Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan anjuran Persekutuan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan (FIMS) dan Persatuan Perubatan Sukan dan Latihan Malaysia (SSEMM) di sini hari ini.

    Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden FIMS, Dr. Fabio Pigozzi dan Presien SSEMM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Mydin Mohd. Musa.

    Najib berkata, hasil komitmen kerajaan dalam bidang sukan, negara yang masih muda ini kini sudah menerima 'dividennya' apabila lebih ramai jaguh sukan berjaya dilahirkan seperti ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei serta kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan negara yang memenangi kejohanan besar di luar negara baru-baru ini.

    Najib berkata, di peringkat peribadi, beliau sendiri sebenarnya sangat mempercayai kuasa sukan sejak kali pertama dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1986.

    "Sejak itu dan sehingga kini, saya tetap komited dalam membina budaya sukan di negara ini yang melangkaui semua golongan dan pelbagai peringkat kehidupan masyarakat.

    "Tetapi sudah pasti segala usaha dalam perkembangan sukan di negara ini dan atlet kita mesti selari dengan banyak usaha pembangunan dalam bidang ini terutamanya dari aspek perubatan, nutrisi dan sokongan sains," katanya.

    Katanya, Malaysia amat bertuah dengan kewujudan Institut Sukan Negara (ISN) yang dilengkapi dengan teknologi perubatan dan peralatan sukan terkini bagi usaha membina budaya sukan yang terbaik.

    21 December, 2012

    BEREHAT SEBENTAR

    BEREHAT SEBENTAR


    Langkah 1 http://www.emocutez.com ok kita mula dengan memanaskan badan. tarik nafas dalam dalam Langkah 2 http://www.emocutez.com kemudian, longgarkan otot otot bahu anda Langkah 3 http://www.emocutez.com hati hati dengan serangan hendap dari musuh Langkah 4 http://www.emocutez.com pegang kepala anda, dan hayunkan ke kanan dan kiri Langkah 5 http://www.emocutez.com mungkin anda akan berasa pening sekarang ini. pusingkan kepala anda sebanyak 360 darjah Langkah 6 http://www.emocutez.com capai apa sahaja objek berdekatan anda dan hentakkan ke muka anda. ini akan melancarkan peredaran darah terutama pada luka luka yang akan terhasil Langkah 7 http://www.emocutez.com dengan senyuman, kapaikan tangan anda seperti anda mahu terbang ke awan Langkah 8 http://www.emocutez.com getarkan seluruh tubuh anda seperti ini Langkah 9 http://www.emocutez.com dengan agresif, buatkan diri anda seperti digoncangkan oleh seekor raksasa yang berwarna biru Langkah 10 http://www.emocutez.com hilangkan bau badan anda Langkah 11 http://www.emocutez.com putarkan kepala anda seperti ini Langkah 12 http://www.emocutez.com ajak rakan atau housemate anda untuk bergoyang bersama anda Langkah 13 http://www.emocutez.com tahniah.. anda kini tidak lagi mengantuk mahupun stress. Bye-Bye