CHONG YU HENG D20112053103 EL-BP04

20 October, 2012

MINDA POSITIF DAN EMOSI STABIL

Menjaga kesihatan adalah seperti mencuci tangan dengan cara yang betul , menggosok gigi 3 kali sehari, makanan yang seimbang dan sebagainya. Menjaga kesihatan bukan ertinya bebas dari penyakit malah juga memiliki pemikiran yang cerdas dan emosi yang stabil.

Konsep menjadi seorang yang sihat dan cerdas, seseorang haruslah mengamalkan tabiat yang baik seperti bersenam secara fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 1/2 jam per sesi dan pemakanan yang seimbang, malah dia haruslah menpunyai pemikiran positif yang cerdas dan emosi yang stabil.

Keseimbangan dan perkembangan positif dari segi fizikal , mental dan emosi merupakan asas pembentukan seseorang dan mejamin perkembangan sihat cerdas. Selain dari itu , seseorang haruslah berdisplin bersikap tegas untuk menjauhikan diri dari dorongan-dorongan negatif yang akan menjejaskan kesihatan , minda dan emosi mereka.

Maka amalan disiplin yang baik dan cara hidup yang sihat ini akan menjaminkan kesihatan yang sihat dan cerdas.

Contoh-contoh aktiviti positif yang baik dan cara menjaga kesihatan  .


Mengambil bahagian aktiviti Taekwando di sekolah boleh menguatkan badan, berdisiplin dan minda yang positif.


Mengambil bahagian dalam aktiviti menari atau drama boleh meningkat keyakinan diri


Bermain secara kumpulan sebagai senaman dan bergaul dengan kawan-kawan



Gosok gigi dengan cara yang betul


Mencuci tangan dengan cara yang betul  


Meluangkan masa bergaul dengan ahli keluarga dirumah 




2 comments: