Makanan
mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi
dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang
lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya
lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya
terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila
sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas,
lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh
makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.
Pun
begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan
terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih
makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan
terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan
seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang
diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia
terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat,
vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan,
fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.
MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan
tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti,
sayur – sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek,
pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN
Ia
mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh,
membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah
susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan
lain-lain.
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR
Merupakan
bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran,
membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan.
Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit,
gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air.
Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas
sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL
Untuk
aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah
telur, susu, sayur – sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut
seperti udang.
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan
deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf
serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur,
sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B
Membantu
pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya
ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras
dan kacang.
Vitamin C
Penguat
sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit,
meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses
pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT
Melicinkan
sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan
menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan
perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya
ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut
penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang
dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah
Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium
Fosfat dan Silika.
Choline
ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga
kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari
telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam.
Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur
taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung
gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya
terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh
diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan
biokimia.